ORANG ramai berjalan melepasi bangunan yang rosak susulan gempa bumi di Besni, wilayah Adiyaman, Turkiye. FOTO Reuters
ORANG ramai berjalan melepasi bangunan yang rosak susulan gempa bumi di Besni, wilayah Adiyaman, Turkiye. FOTO Reuters
AFP

Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu menolak untuk menangguhkan pilihan raya selepas gempa bumi kuat yang menyebabkan puluhan ribu penduduk terkorban, dengan menyatakan ia tetap diadakan pada 14 Mei.

Selepas gempa bumi bermagnitud 7.8 itu membunuh lebih daripada 45,000 orang di Turkiye, spekulasi memuncak sama ada pilihan raya - yang mungkin mengekalkan kuasa kerajaan berteraskan Islam pimpinan Erdogan - dapat diteruskan.

Bulan lalu, Erdogan mengumumkan perintah darurat selama tiga bulan di 11 wilayah terjejas gempa itu, dan kawasan berkenaan masih mengalami gempa susulan yang mungkin menyebabkan sukar untuk kempen pilihan raya diadakan di situ.

Tetapi Erdogan memberitahu partinya di parlimen di Ankara bahawa, "Penduduk Turkiye akan melakukan apa yang diperlukan pada 14 Mei".

Delegasi dari Lembaga Pilihan Raya Tinggi Turkiye sudah memulakan misi pada Isnin ke zon gempa untuk melaporkan mengenai situasi pengundi dan keselamatan pilihan raya.

Gempa itu menjejaskan 14 juta orang di Turkiye dan menyebabkan puluhan ribu bangunan runtuh.

Nilai kerosakan akibat benda itu dianggarkan AS$34 bilion (kira-kira RM152 bilion), lapor Bank Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 3:50 PM