PUTERA Charles selepas membaca titah Ratu Elizabeth II ketika pembukaan sidang Parlimen di London pada 10 Mei 2022. FOTO AFP
PUTERA Charles selepas membaca titah Ratu Elizabeth II ketika pembukaan sidang Parlimen di London pada 10 Mei 2022. FOTO AFP
BERNAMA

Ankara: Putera sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles dinobatkan raja baharu Britain pada Khamis susulan kemangkatan bonda baginda, lapor Agensi Anadolu.

Charles Philip Arthur George dilahirkan pada 1948 dan merupakan Putera Wales paling lama berkhidmat, yang juga pewaris takhta British.

Meskipun raja baharu berhak memilih nama diraja yang berbeza daripada nama asalnya, baginda mahu dikenali sebagai Raja Charles III.

Putera sulung Raja Charles III, Putera William bakal digelar Duke of Cornwall, gelaran untuk pewaris pertama takhta.

Di Britain, pewaris takhta turut diberi gelaran Putera Wales oleh raja yang memerintah.

Putera William boleh dikenali sebagai Putera Wales andai ayahandanya menganugerahkan gelaran itu.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 2:13 PM