Imej manusia halimunan dirakam di Google Maps. FOTO Agensi
Imej manusia halimunan dirakam di Google Maps. FOTO Agensi
Agensi

New York: Pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan melihat imej aneh yang kelihatan seperti seorang manusia memakai sut perlindungan diri tetapi semua anggota badannya termasuk kepala tidak kelihatan ataupun halimunan.

Daily Star kelmarin melaporkan, imej aneh digelar manusia halimuman itu mula dikesan beberapa pengguna aplikasi peta berkenaan.

Imej manusia halimunan itu dilihat berdiri di tengah jalan dan dikesan menggunakan Google Maps di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, di bandar raya ini.

Portal berita itu melaporkan, gambar itu dirakam pada Mei 2021 namun baru sahaja dikesan pengguna Google Maps.

Manusia tanpa kepala itu dirakamkan seperti seronok menari dan bermain di sekitar kawasan itu.

Setakat ini, tiada petunjuk mengenai bagaimana perkara itu boleh berlaku atau identiti individu misteri terbabit.

Imej-imej itu dimuat naik di laman perkongsian Reddit dengan netizen menggelarnya sebagai watak Hollow Man versi Covid-19.

Beberapa imej lain memaparkan dia sedang bersandar pada pokok walaupun tangan dan kakinya tidak kelihatan turut dirakam aplikasi pemetaan itu.

Imej manusia halimunan dirakam di Google Maps. FOTO Agensi
Imej manusia halimunan dirakam di Google Maps. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2022 @ 10:17 AM