JEEP milik Philip Paxson yang terjunam dari jambatan runtuh ketika lelaki itu memandu dengan mengikuti Peta Google yang tidak dikemaskini. FOTO Agensi/WCNC
JEEP milik Philip Paxson yang terjunam dari jambatan runtuh ketika lelaki itu memandu dengan mengikuti Peta Google yang tidak dikemaskini. FOTO Agensi/WCNC
Agensi

Washington: Sebuah keluarga menyaman Google selepas seorang ahli keluarga mereka maut apabila melalui jambatan runtuh kerana mengikut aplikasi navigasi Google Maps yang sudah lapuk.

Mirror UK melaporkan Philip Paxson, dari North Carolina sedang memandu pulang untuk meraikan hari lahir anak sulungnya pada 30 September 2022.

Kenderaan dipandu bapa kepada dua anak itu tiba-tiba terjunam ke dalam sungai Snow Creek, Hickory, dan dia disahkan mati lemas, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga Philip.

Mereka menyaman Google kerana kecuaian teruk dan menuduh ia gagal memastikan sistem navigasi itu dikemas kini.

Jambatan dilalui Paxson itu sebenarnya sudah runtuh hampir sedekad selepas dihanyutkan oleh banjir pada 2013, dan tidak pernah dibaiki.

Menurut tuntutan mahkamah, ramai sudah memberi amaran kepada Google Maps mengenai situasi jambatan itu sebelum ini, hinggalah membawa kepada kematian Paxson, tetapi tiada tindakan diambil.

Alicia, isteri Philip, berkata, sukar untuknya memahami bagaimana pihak yang bertanggungjawab sebagai menunjuk arah gagal mengesan pengemaskinian aplikasi navigasi sistem penentududukan sejagat (GPS) berkenaan.

"Bagaimana mereka boleh bertindak tanpa mengambil kira kehidupan manusia. Anak perempuan kami bertanya bagaimana dan mengapa ayah mereka meninggal dunia, dan saya kehilangan kata-kata untuk menerangkan apa yang berlaku," katanya.

Dikatakan ketika kejadian, cuaca gelap dan ribut yang mana Philip memandu melalui kawasan kejiranan tidak diketahui sebelum kenderaan dipandu terjunam dari kawasan tidak mempunyai penghalang atau tanda amaran bahaya.

Pihak berkuasa menemui mayat Philip di dalam jipnya yang terbalik dengan sebahagiannya berada di dalam air.

Keterangan Gambar:

1. slug: hm22map

Philip Paxson (kiri) mati jatuh dari jambatan runtuh ketika sedang memandu dengan mengikuti Peta Google yang tidak dikemaskini. FOTO Agensi/ Philip Paxson/Facebook

2. slug-hm22brige

JEEP milik Philip Paxson yang terjunam dari jambatan runtuh ketika lelaki itu memandu dengan mengikuti Peta Google yang tidak dikemaskini. FOTO Agensi/WCNC)

3. slug-hm22colape

JAMBATAN yang runtuh sejak 2012 dan tidak pernah dibaiki. FOTO Agensi/ WCNC

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2023 @ 12:42 PM