PENGAWAL keselamatan dilihat menyuntik pesakit. FOTO Agensi
PENGAWAL keselamatan dilihat menyuntik pesakit. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Pengawal keselamatan sebuah hospital kerajaan di Odisha daerah Angul dilihat memberikan suntikan kepada seorang pesakit.

Video kejadian yang dikatakan berlaku Selasa lalu di Ibu Pejabat Hospital Daerah Angul tular di media sosial.

Indiatoday melaporkan, saudara kepada seorang pesakit lain merakam insiden itu dan memuat naik ke media sosial.

Menurut sumber, pesakit cedera akibat kemalangan kecil dan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan suntikan Tetanus.

Ditanya mengapa tiada doktor, jururawat atau kakitangan paramedik yang memberi suntikan, Penolong Ketua Kesihatan Superintendan Manas Ranjan Biswal berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu dan tindakan akan diambil selepas siasatan dijalankan.

"Kita juga akan menyiasat siapa yang bertugas atau bertanggungjawab ketika kejadian," katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga Pradeepta Kumar Mohapatra mengarahkan semua hospital kerajaan di negeri ini supaya tidak membenarkan kakitangan bukan kesihatan merawat pesakit atau membantu doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 4:09 PM