PENDUDUK menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel. AFP
PENDUDUK menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan akibat serangan udara Israel. AFP
AFP

Rafah, Wilayah Palestin: Pasukan perubatan dan responden pertama di Gaza berkata, seramai 16 terbunuh dalam serangan udara di Selatan Rafah, pada Ahad.

Serangan itu dilakukan selepas beberapa jam selepas roket Hamas membunuh tiga askar Israel pada awal hari itu.

"Angka korban di Rafah mencecah 16 orang," kata responden kecemasan pertama kepada AFP, sambil menambah tujuh daripadanya adalah dari satu keluarga.

Sumber perubatan mengesahkan dua serangan dikatakan berlaku di dua lokasi berbeza di sekitar bandar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 8:31 AM