IBU Khaled memeluk anaknya yang meninggal dunia akibat keracunan makanan buat kali terakhir. FOTO Agensi/AlJazeera
IBU Khaled memeluk anaknya yang meninggal dunia akibat keracunan makanan buat kali terakhir. FOTO Agensi/AlJazeera
Agensi

Gaza: Roti diperbuat daripada makanan haiwan adalah pilihan terakhir kebanyakan penduduk Gaza untuk mengelakkan kelaparan akibat kekurangan bekalan makanan lain.

Malangnya, makanan yang disediakan untuk mengalas perut bagi meneruskan kehidupan menjadi racun kepada segelintir kanak-kanak terutama yang masih kecil sehingga menyebabkan kematian.

Itu nasib menimpa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Khaled yang meninggal dunia selepas makan roti diperbuat dari makanan haiwan.

Menurut neneknya, Ibtisam Al Kahlout kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital apabila bibirnya kebiruan selepas menikmati roti diperbuat dari makanan haiwan.

"Kanak-kanak yang lebih berusia turut mengalami keracunan dan muntah-muntah tetapi dapat bertahan.

"Bagi kanak-kanak lebih kecil mereka tidak dapat bertahan dan keadaan lebih buruk, roti yang sepatutnya menjadi alas perut untuk mengelakkan mereka kelaparan menjadi racun hingga membunuh mereka," katanya, lapor AlJazeera.

Ibtisam berkata, doktor memaklumkan cucunya keracunan makanan akibat makan roti diperbuat dari makanan haiwan dan barli.

"Kami makan roti dari makanan haiwan untuk terus hidup. Ini sahaja yang ada untuk terus hidup.

"Sudah lebih 100 hari kami tidak makan nasi atau roti, dan ramai penduduk di Utara Gaza membuat roti makanan haiwan untuk mengelakkan kelaparan.

"Saya kita tidak makan roti ini wahai cucuku, tetapi ini sahaja pilihan yang ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 9:18 AM