KETIBAAN pesawat penerbangan komersial pertama ARJ21-700 disambut di Lapangan Terbang Hongqiao di Shanghai, semalam.
KETIBAAN pesawat penerbangan komersial pertama ARJ21-700 disambut di Lapangan Terbang Hongqiao di Shanghai, semalam.

Shanghai: Jet pertama dihasilkan dalam inisiatif China bersaing dalam pasaran pesawat komersial semalam membuat penerbangan sulungnya dengan membawa 70 penumpang.

Jet ARJ21-700 ialah satu daripada beberapa inisiatif dilancarkan Parti Komunis untuk mengubah China daripada kilang kos rendah menjadi pencipta teknologi yang menguntungkan dalam penerbangan, tenaga bersih dan bidang lain.

Pesawat dioperasikan Chengdu Airlines membawa penumpangnya dari Chengdu ke Shanghai, penerbangan yang mengambil masa dua jam.

China antara pasaran penerbangan terbesar dunia tetapi bergantung kepada pesawat buatan luar.

Beijing mahu menguasai lebih banyak industri itu dengan penerbangan utamanya dimiliki kerajaan seterusnya memberi parti pemerintah potensi pelanggan tinggi yang boleh diarahkan untuk membeli pesawat buatan tempatan.

The ARJ21 — singkatan untuk Asian Regional Jet for the 21st Century — bertujuan menaikkan pembuatnya, Commercial Aircraft Corp of China sebagai pesaing kepada Bombardier Inc dari Kanada dan Embraer SA di Brazil.

Pengerusi COMAC, Jin Zhuanglong berkata: “Penerbangan sulung ARJ21 menandakan permulaan operasi komersial atau penumpang untuk ARJ21 dan lebih penting lagi kali pertama jet serantau buatan tempatan digunakan syarikat penerbangan China.”

Inisiatif ARJ21 dilancarkan pada 2002 dengan pesawat pertama dirancang siap pada 2007 tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal.

Pesawat bersaiz penuh sedang dibangunkan satu lagi syarikat milik kerajaan, C919, disasarkan menjadi saingan Boeing Co serta Airbus. Selepas penangguhan akibat masalah pembikinan, C919 dilaporkan sedia terbang tahun ini dan digunakan sekitar 2019.

Boeing meramalkan permintaan pesawat awam China dalam tempoh dua dekad ini mencecah 5,580 kapal terbang bernilai AS$780 bilion (RM3.2 trilion). - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 5:45 AM