API menjulang ke udara selepas serangan di bandar Gaza. FOTO AFP
API menjulang ke udara selepas serangan di bandar Gaza. FOTO AFP
Bernama-Wafa

Gaza: Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.

Sejak 7 Okt lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 12:43 AM