RANDY tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat wang simpanannya dimakan anai-anai. FOTO TikTok
RANDY tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat wang simpanannya dimakan anai-anai. FOTO TikTok
Agensi

Manila: Seorang pelajar di Filipina menarik perhatian pengguna TikTok apabila berkongsi kisah sedihnya yang kerugian selepas wang simpanan dalam tabungnya dimakan anai-anai.

Inquirer melaporkan, menerusi klip video yang dimuat naik ke paltform itu, Randy Boganutan dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata apabila mendapati wang kertas bernilai 14,000 peso (kira-kira RM1,146) dimakan serangga itu.

Menurut Randy, dia sebelum ini menjangka sudah menyimpan hampir 20,000 peso (RM1,638) di dalam tabung plastik berkenaan.

Katanya, wang itu untuk simpanan bagi yuran pengajiannya.

Namun, bahagian dalam tabung itu adalah kadbod.

Randy berkata, rakannya kemudian menyedari bahawa ada cacing keluar dari tabung itu yang kemudiannya dikenal pasti adalah anai-anai.

Ia menyebabkan dia kerugian 14,000 peso (kira-kira RM1,146) selepas semua wang kertas itu dimakan serangga itu.

Randy berkata, sukar untuk menggantikan wang kertas itu kerana nombor sirinya sudah tidak lagi kelihatan.

"Cuma mereka beritahu saya... masih ada nombor siri, masih boleh lihat tandatangan atau mungkin tiga perempat rosak, bukan itu yang berlaku kepada saya... kerana ia (sudah) musnah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 9:46 AM