Seorang wanita mengenakan pelitup muka dan payung ketika berjalan di bawah cuaca panas di Shanghai, China. - FOTO Reuters
Seorang wanita mengenakan pelitup muka dan payung ketika berjalan di bawah cuaca panas di Shanghai, China. - FOTO Reuters
Bernama-Xinhua

Beijing: Pusat Meteorologi China pada Rabu memperbaharu amaran kuning untuk suhu tinggi ketika gelombang haba terus melanda di beberapa kawasan di negara itu, lapor Xinhua.

Pada siang hari Rabu, suhu di bahagian Hebei, Beijing, Tianjin, Shandong, Henan, Hunan, Jiangxi, Fujian, Guangdong dan Xinjiang diramalkan melebihi 35 darjah Celsius.

Di beberapa kawasan di Hebei, Beijing, Tianjin, Shandong dan Henan, suhu mungkin melebihi 40 darjah Celsius.

Pusat itu menasihatkan orang ramai elak melakukan aktiviti luar dan minum air secukupnya untuk menghindarkan diri daripada strok haba.

China mempunyai sistem amaran cuaca tiga peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan oren dan kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 4:30 PM