KANAK-KANAK menyejukkan diri di air pancut di kawasan beli-belah di Beijing. FOTO Reuters
KANAK-KANAK menyejukkan diri di air pancut di kawasan beli-belah di Beijing. FOTO Reuters
BERNAMA

Beijing: Balai cerap China mengeluarkan amaran kuning pada Khamis, menandakan suhu tinggi dengan gelombang haba terik diramalkan di sebahagian besar kawasan di negara itu, lapor Xinhua.

Pada siang hari, suhu di Beijing, Tianjin, Hebei, Henan, Shandong, Anhui, Jiangsu, Xinjiang, Inner Mongolia, Liaoning, Fujian dan Hainan dijangka mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius, menurut Pusat Meteorologi Nasional.

Menurut ramalan, suhu di beberapa wilayah ini dijangkakan melebihi 40 darjah Celsius.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar semasa tempoh suhu tinggi pada sebelah petang dan meminta pekerja sering berada di kawasan terbuka agar mengambil langkah perlindungan.

China mempunyai sistem amaran cuaca tiga peringkat untuk suhu tinggi, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti jingga dan kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 8:00 AM