PELANCONG memakai penutup muka dan hidung berikutan penularan wabak koronavirus baharu di klia2. FOTO Luqman Hakim Zubir.
PELANCONG memakai penutup muka dan hidung berikutan penularan wabak koronavirus baharu di klia2. FOTO Luqman Hakim Zubir.
BERNAMA

JUMLAH pegawai diplomatik di Kedutaan Besar Malaysia dan pejabat konsulat Malaysia di China akan dikekalkan bagi memastikan sebarang urusan berjalan lancar dan berkesan.

Kedutaan Besar Malaysia di China dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu terutama bagi memberi khidmat bantuan kepada rakyat Malaysia yang berdepan situasi wabak koronavirus baharu (2019-nCoV) di Wuhan dan China.

“Rakyat Malaysia yang berada di China boleh menghubungi pejabat Kedutaan di Beijing atau pejabat konsulat Malaysia di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi’an dan Hong Kong,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang menetap di kawasan Beijing, Hubei, Tianjin, Henan, Hebei, Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Wilayah Autonomi Inner Mongolia, Qinghai, Shandong, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur dan Wilayah Autonomi Tibet boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beijing di talian +861065322531 (waktu pejabat) atau +8613161219838 / +8618513665810 (kecemasan).

Selain itu, mereka yang menetap di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang boleh menghubungi Pejabat Konsulat Malaysia di Shanghai di talian +862160900360 (waktu pejabat)/ +8613761154009 (kecemasan).

Rakyat Malaysia yang menetap di Guangdong, Fujian, Hainan, Hunan dan Jiangxi, wakil Wisma Putra dapat dihubungi melalui Pejabat Konsulat Malaysia di Guangzhou di talian +862038770763 (waktu pejabat)/ +8618802087683 (kecemasan).

Bagi yang menetap di Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau pula boleh menghubungi Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong di talian +85228210800 (waktu pejabat)/ +85269006390 (kecemasan).

Sementara, mereka yang tinggal di Shaanxi, Gansu dan Wilayah Autonomi Ningxia Hu boleh menghubungi Pejabat Konsulat Malaysia di Xi’an di talian +862989568478 (waktu pejabat)/ +8615229089757 (kecemasan).

Sementara itu, rakyat Malaysia yang menetap di Yunnan, Sichuan dan Chongqing boleh menghubungi Pejabat Konsulat Malaysia di Kunming di talian +8687163165088 (waktu pejabat)/ +8618487341474 (kecemasan).

Bagi yang menetap di Guizhou dan Guangxi Zhuang Autonomous Region, wakil Wisma Putra di Pejabat Konsulat Malaysia di Nanning boleh dihubungi di talian +867715662562 (waktu pejabat) atau+8615977783818/ +8615977783898 (kecemasan).

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang 298 pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia termasuk 212 ahli keluarga mereka di Beijing dan tujuh lagi pejabat kedutaan.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, ia bertujuan meminimumkan risiko pendedahan kepada mereka yang berada di China, susulan penularan wabak koronavairus baharu.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 11:52 AM