KUMPULAN haji pertama tiba di Arab Saudi. FOTO Twitter Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
KUMPULAN haji pertama tiba di Arab Saudi. FOTO Twitter Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
BERNAMA

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan ketibaan kumpulan pertama jemaah haji tahun ini di negara itu pada Ahad.

Kementerian itu turut berkongsi gambar jemaah haji di akaun Twitternya, lapor Anadolu.

Arab Saudi dijangka menerima lebih dua juta jemaah semasa musim haji tahun ini.

Ibadah haji satu daripada lima rukun Islam dan wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam dewasa sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jika mereka mempunyai kemampuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 3:23 PM