LELAKI menggunakan payung ketika berjalan, sambil membawa botol air di Makkah. FOTO AFP
LELAKI menggunakan payung ketika berjalan, sambil membawa botol air di Makkah. FOTO AFP
AFP

Tunis: Presiden Tunisia, Kais Saied memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas 49 rakyat Tunisia, setakat ini dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi ketika ibadah haji tahun ini.

"Presiden memutuskan untuk menamatkan tugas Menteri Hal Ehwal Agama Ibrahim Chaibi," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Kementerian Luar Tunisia melaporkan kematian 35 jemaah haji Tunisia, tetapi jumlah itu meningkat kepada 49.

Kementerian berkenaan tidak menyatakan sama ada kematian itu berkaitan dengan suhu tinggi, sambil menambah bahawa kebanyakan orang yang meninggal dunia itu pergi ke Arab Saudi dengan menggunakan visa pelancong dan di luar program ziarah rasmi kerajaan Arab Saudi.

Setiap tahun, permit rasmi diperuntukkan kepada negara melalui sistem kuota dan diagihkan kepada individu melalui loteri.

Kematian semasa menunaikan haji juga disahkan oleh Malaysia, India, Jordan, Iran, Senegal, Tunisia, Sudan dan wilayah autonomi Kurdistan Iraq.

Ibadah haji, salah satu daripada rukun Islam kelima, wajib disempurnakan oleh semua umat Islam sekurang-kurangnya sekali, jika mampu.

Pegawai Arab Saudi sebelum ini berkata 1.8 juta jemaah haji mengambil bahagian tahun ini, jumlah yang sama seperti tahun lepas, dan 1.6 juta datang dari luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 10:33 AM