MASJID Nabawi, Madinah. FOTO fail AFP
MASJID Nabawi, Madinah. FOTO fail AFP
Agensi

Riyadh: Lebih 100,000 jemaah umrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah sejak awal tahun baharu Islam, 1 Muharam (pada 30 Julai), lapor Saudi Press Agency pada Isnin.

Arab News melaporkan sehingga 29 Ogos, 101,109 jemaah tiba di kota suci dengan 5,452 daripadanya tiba pada Ahad di lapangan terbang Madinah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, seramai 268,529 jemaah tiba melalui pengangkutan udara sejak 30 Julai, dan 29,689 melalui darat.

Rakyat Indonesia adalah majoriti jemaah dengan 127,789 menunaikan umrah sejak 30 Julai, diikuti 90,253 jemaah dari Pakistan, 54,287 dari India, 36,457 dari Iraq, 22,224 dari Yaman, dan 12,959 dari Jordan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 9:49 AM