FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Beijing: Seorang lelaki di China berjaya mendaki lima gunung terkenal di China dalam hanya tempoh lima hari saja.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Zhang itu menghabiskan masa kira-kira sebulan merancang perjalanannya dan menggunakan rangkaian pengangkutan awam.

Zhang berkata, perjalanan lima hari itu menelan belanja sebanyak 4,000 yuan (kira-kira RM2,564.40).

Katanya, lima gunung itu ialah Taishan di Shandong; Huashan, Shaanxi; Hengshan, Hunan; Songshan, Henan dan Gunung Heng di Shanxi.

"Lima puncak itu adalah yang paling terkenal di China, jadi saya memutuskan untuk melihat lima ini dahulu.

"Saya menyemak jadual kereta api dan mengetahui sistem pengangkutan China sebenarnya agak baik dan ini mungkin peluang baik untuk menyelesaikan misi ini dalam tempoh dirancang," katanya.

Zhang yang bekerja di Chengdu berkata, dia meninggalkan bandar itu pada 28 April sebelum bermulanya cuti Hari Pekerja sebelum menamatkan misi pada 3 Mei lalu.

"Setiap perjalanan tergesa-gesa sehingga saya mengambil tiket dari Changsha ke Zhengzhou hanya pada hari berlepas.

"Saya juga berlatih keras untuk kekal cergas dan menggunakan pengalaman mendaki dan maraton sebelum ini.

"Kecekalan dan ketabahan juga antara kunci kejayaan saya dalam misi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 2:48 PM