POLIS ketika sidang media mendedahkan seorang wanita  memalsukan penculikan dan serangan rogol kerana harta. FOTO Twitter Ghaziabad Police
POLIS ketika sidang media mendedahkan seorang wanita memalsukan penculikan dan serangan rogol kerana harta. FOTO Twitter Ghaziabad Police
Agensi

New Delhi: Seorang wanita di New Delhi yang didakwa dirogol dan diseksa beramai-ramai di Ghaziabad sengaja mereka cerita panas untuk menjebak beberapa lelaki dalam pertelingkahan harta benda, dakwa polis.

Wanita itu didakwa juga membayar beberapa rakan untuk bersekongkol menghebahkan kes itu.

Portal NDTV melaporkan, tiga lelaki ditahan oleh polis Uttar Pradesh pada Jumaat.

Mereka didakwa membantu wanita itu memalsukan penculikan dan serangannya.

Kes itu diperkuatkan dengan siaran video oleh ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal yang mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu ditemukan berbalut beg jut, tangan dan kakinya diikat, dan sebatang besi masih berada di dalam dirinya.

Dia juga berkata, wanita itu kononnya bertarung nyawa selepas diseksa selama dua hari oleh penculiknya.

Swati Maliwal menyamakan kes itu dengan Nirbhaya, paramedik berusia 23 tahun yang meninggal dunia pada 2012 selepas dirogol beramai-ramai dan diseksa dengan batang besi di dalam bas yang sedang bergerak.

Polis tidak pernah mengesahkan butiran ini, bagaimanapun ketika menahan empat daripada lima orang yang dinamakan wanita itu, mereka merujuk kepada pertikaian harta.

Doktor di hospital GTB, tempat wanita itu dibawa, juga menafikan dia mengalami sebarang kecederaan dalaman, seperti yang didakwa oleh Maliwal.

Polis berkata, siasatan mendedahkan wanita itu menghabiskan dua hari dia hilang bersama rakan-rakannya.

"Dia bersama dua rakannya selama dua hari - tempoh yang dia dakwa dia diculik dan dirogol oleh lima lelaki," kata Praveen Kumar, ketua polis wilayah UP, pada Khamis.

Isyarat telefon mendedahkan salah seorang rakannya mematikan telefonnya tepat di tempat dia ditemui, berhampiran Jalan Ashram yang menghubungkan Ghaziabad dengan Delhi.

"Kami mendapatkan semula kereta yang dinaikinya bersama rakan-rakannya dan tinggal bersama mereka selama dua hari," dakwa Kumar.

Wanita itu mendakwa dia diculik dengan senjata ketika menunggu bas untuk ke Delhi selepas menghadiri majlis hari jadi di Ghaziabad.

Abangnya menurunkannya di perhentian bas, katanya, yang mana lima lelaki di dalam sebuah kereta mengheretnya ke dalam dan merogolnya dalam tahanan.

"Aduan itu adalah konspirasi untuk memfailkan kes rogol ke atas lima lelaki itu," kata pegawai polis itu.

"Bukti juga didapati salah seorang daripada mereka memberi wang kepada seseorang melalui PayTM untuk memberi lebih publisiti terhadap kes rogol itu," tambah pegawai itu.

Rakan itu sudah mempunyai tiga kes jenayah yang didaftarkan terhadapnya.

Pada Rabu, apabila dia ditemui, dia mula-mula dibawa ke hospital kerajaan di Ghaziabad kemudian diminta berpindah ke Meerut.

Dia enggan menjalani pemeriksaan perubatan di kedua-dua tempat itu, kata polis.

Atas desakannya, dia dimasukkan ke Hospital GTB di Delhi, kata polis.

Swati Maliwal masih belum bertindak balas terhadap perubahan dramatik dalam kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 3:30 PM