GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Ankara: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud direkodkan berhampiran Australia dan New Zealand, semalam, dan mencetuskan amaran tsunami.

Agensi Anadolu melaporkan, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) memaklumkan bahawa gempa bumi melanda wilayah Pulau Macquarie di selatan Lautan Pasifik.

Namun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 1:02 PM