RUNTUHAN konkrit dilihat di tingkat kelas di Sekolah Asrama Al Anshor selepas gempa bumi di Ambon, Maluku, Indonesia.
RUNTUHAN konkrit dilihat di tingkat kelas di Sekolah Asrama Al Anshor selepas gempa bumi di Ambon, Maluku, Indonesia.
AFP

KOTA AMBON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud menggegarkan kepulauan terpencil Maluku di timur Indonesia hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran dikesan kira-kira 37 kilometer di timur laut Ambon di Maluku pada jam 8.45 pagi ini (waktu tempatan), pada kedalaman 29 kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan besar di kawasan itu, yang digegarkan dengan beberapa gempa bumi besar sebelum ini.

“Saya sedang tidur dengan keluarga apabila rumah tiba-tiba bergoyang.

“Gegaran amat kuat. Kami berlari keluar dari rumah dan melihat jiran juga menyelamatkan diri.

“Semua orang panik,” kata seorang wartawan AFP di Ambon.

Indonesia kerap dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 9:45 AM