GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

 

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggegarkan pantai timur laut Pulau Sulawesi Indonesia hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Gegaran gempa berkenaan pada kedalaman 10 kilometer menurut Agensi Geofizik Indonesia.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menganggarkan ia berukuran 6.9 magnitud.

Tiada kematian, kecederaan atau kerosakan dilaporkan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 12:25 AM