Anggota tentera Korea Utara menyediakan ubat untuk diagihkan kepada penduduk di Pyongyang. - FOTO Reuters
Anggota tentera Korea Utara menyediakan ubat untuk diagihkan kepada penduduk di Pyongyang. - FOTO Reuters
BERNAMA

Seoul: Korea Utara pada Khamis melaporkan satu lagi kematian dan lebih 262,270 kes baharu disyaki Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes menghampiri dua juta.

Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, jumlah korban setakat ini seramai 63 orang, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Khamis lepas, Korea Utara melaporkan kes pertama selepas mendakwa negara ini bebas Covid-19 selama lebih dua tahun.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, baru-baru ini menyelar pegawai yang berkaitan kerana gagal mengambil langkah berkesan untuk mengekang penularan Covid-19 sejak awal.

Korea Selatan telah menawarkan untuk memberikan bantuan namun, setakat ini Korea Utara belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 5:05 PM