KEPULAUAN Kuril. IMEJ Google Maps
KEPULAUAN Kuril. IMEJ Google Maps
Reuters

Tokyo: Rusia sedang menjalani latihan di pulau yang turut dituntut oleh Tokyo beberapa hari selepas Moscow menghentikan rundingan damai dengan Jepun, kerana sekatannya terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Daerah Tentera Timur Rusia berkata, ia sedang menjalankan latihan ketenteraan di Kepulauan Kuril dengan lebih 3,000 tentera dan ratusan peralatan tentera, kata agensi berita Rusia, Interfax pada Jumaat.

Ia tidak menyatakan di mana lokasi latihan di rantaian pulau itu.

Rantaian pulau itu menghubungkan semenanjung Kamchatka Rusia dan pulau utama di utara Jepun, Hokkaido.

Media Jepun berkata, pihak berkenaan berada di wilayah yang dirampas oleh Kesatuan Soviet pada akhir Perang Dunia Kedua yang dituntut oleh Tokyo.

Pertikaian wilayah ke atas empat pulau itu yang dikatakan Rusia adalah sebahagian daripada rantaian Kurilnya dan yang Jepun panggil sebagai Wilayah Utaranya menghalang Tokyo dan Moscow daripada mencapai perjanjian damai sekali gus secara rasmi menamatkan permusuhan.

Jepun bertindak balas selepas Rusia menarik diri daripada rundingan perjanjian yang lama berjalan dan membekukan projek ekonomi bersama yang berkaitan dengan pulau itu sebagai tindakan balas terhadap Jepun menyertai sekatan Barat atas pencerobohan selama sebulan di Moscow.

Latihan Rusia membabitkan menangkis peperangan amfibia, termasuk memusnahkan pesawat pertahanan yang membawa tentera dan menguji kemahiran untuk mengendalikan sistem kawalan tembakan peluru berpandu antikereta kebal, kata Interfax.

"Selain itu, unit Tentera Udara sedang menjalankan satu set langkah untuk mengesan, mengenal pasti dan memusnahkan pesawat musuh palsu yang akan melakukan serangan melalui udara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 10:40 AM