Gambar fail menunjukkan kilang keluli di Mariupol, Ukraine. - FOTO Reuters
Gambar fail menunjukkan kilang keluli di Mariupol, Ukraine. - FOTO Reuters
Reuters

Moscow: Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata pada Rabu bahawa tidak ada pergerakan dalam rundingan damai dengan Ukraine, dan Kyiv menunjukkan keengganan untuk meneruskannya.

"Rundingan tidak berjalan dan kami perhatikan keengganan sepenuhnya perunding Ukraine untuk meneruskan proses ini," kata Peskov.

Pada Selasa agensi berita Interfax memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko sebagai berkata bahawa Rusia dan Ukraine tidak mengadakan rundingan "dalam sebarang bentuk", dan bahawa Kyiv telah "secara praktikal menarik diri daripada proses rundingan".

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2022 @ 7:32 PM