CHEN Qiushi. FOTO Agensi
CHEN Qiushi. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Seorang wartawan dari China yang hilang selama 600 hari selepas mendedahkan situasi Covid-19 di Wuhan dilaporkan masih hidup, tetapi enggan mendedahkan ke mana dia pergi selama ini.

Daily Star melaporkan Chen Qiushi menaiki kereta api terakhir ke Wuhan pada Januari tahun lalu.

Ia sekali gus mempertaruhkan nyawanya untuk membuat laporan mengenai wabak berkenaan di bandar yang menjadi pusat penularan virus itu.

Bekas peguam berusia 34 tahun, ketika itu mendedahkan bagaimana penduduk dikurung di kediaman mereka ketika virus misteri itu 'menyerang' bandar, lapor Mirror.

Dia juga membandingkan Covid-19 dengan SARS dengan mendakwa bahawa Parti Komunis China cuba menyekat maklumat.

"Sekiranya kami menyebarkan berita dan maklumat lebih cepat daripada virus, maka kami dapat memenangi peperangan ini," katanya dalam klip, yang meraih lebih 1.5 juta kali tontonan.

Chen terus mendokumentasikan bencana yang berlaku di bandar itu semasa sekatan pergerakan (lockdown) pertama.

Dia menemu ramah individu kehilangan orang tersayang dan melakukan penggambaran di hospital tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 7:01 AM