GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Phnom Penh: Sekurang-kurangnya 11 penduduk di Kemboja maut selepas minum arak beras yang disyaki beracun, ketika mereka menghadiri majlis pengebumian.

Dalam dua bulan terakhir, lebih 30 orang maut dalam tiga kejadian berasingan di seluruh Kemboja akibat arak beras buatan sendiri yang mengandungi metanol, cecair yang sangat beracun yang boleh menyebabkan buta.

Sejak Jumaat lalu, 11 orang yang menghadiri pengebumian di wilayah pesisir Kampot, kira-kira 155 kilometer dari ibu kota Phnom Penh.

Pihak berkuasa melaporkan, 11 maut, manakala 10 lagi dimasukkan ke hospital selepas meneguk minuman keras buatan sendiri.

"Mangsa mengalami pening selepas minum minuman keras itu," kata seorang polis kepada AFP, sambil menambah sampel dikumpulkan untuk siasatan.

Wain beras buatan sendiri popular di luar bandar Kemboja di majlis perkahwinan, festival kampung dan pengebumian sebagai alternatif murah untuk minuman yang dihasilkan secara komersial.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 15 pembuat bir dan penjual wain beras ditangkap, sementara Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak minum minuman yang tercemar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 5:16 PM