Pasukan penyelamat mengusung mangsa. FOTO AFP
Pasukan penyelamat mengusung mangsa. FOTO AFP
Reuters

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 24 maut, dan 23 lagi cedera selepas sebuah bangunan di Kemboja, runtuh, Jumaat lalu.

Bangunan tujuh tingkat di bandar pesisir pantai, Kep, kira-kira 160 kilometer (km) di barat daya Phnom Penh.

Ia berlaku setahun selepas kejadian runtuhan di tapak projek di wilayah Preah Sihanouk, yang mengorbankan 28 orang.

“24 orang disahkan terkorban setakat ini. Tiga daripada mayat masih belum dapat dibawa keluar dari runtuhan,” gabenor Kep memberitahu Reuters.

Sementara itu, jumlah pekerja yang terperangkap masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menahan pemilik bangunan untuk soal siasat.

Perdana Menteri Hun Sen pada Sabtu berkata, pasukan penyelamat masih berusaha mencari individu yang terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 10:09 AM