ISFAHAN.
ISFAHAN.
AFP

Tehran: Sekurang-kurangnya sembilan individu cedera dalam letupan di sebuah kilang yang menghasilkan bahan letupan di Isfahan, wilayah tengah Iran, lapor agensi berita ISNA.

Letupan itu berlaku di Sepahan Nargostar Chemical Industries pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke hospital.

Susulan kejadian, pasukan penyiasat berada di lokasi untuk mengenal pasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 4:49 PM