Fazlina Ahmad Daud
Fazlina Ahmad Daud

Kuala Lumpur: Pelakon, Fazlina Ahmad Daud, 49, berkongsi kekecewaan dengan sikap sesetengah pemain industri yang meletakkan syarat dan bersikap 'pelik' sehingga menyusahkan banyak pihak. 

Dalam hantaran dibuatnya di akaun Instagram miliknya, Fazlina meluahkan perasaan sedih dialaminya apabila diminta untuk membuka tudung. 

"Bila 'free hair' (tak bertudung), mereka suruh pakai tudung. Bila dah bertudung, mereka suruh 'free hair' pula. Apa punya industri," tulisnya. 

Dalam ruangan keterangan, Fazlina yang menganggap permintaan itu sebagai merepek, turut berkongsi beberapa 'pe-el' (perangai) orang di dalam industri. 

"Ya, benda merepek aku kena hadap! Macam-macam perangai orang industri sekarang ya. Suruh 'free hair' lah, kronilah, dah 'lock' tapi senyaplah, tak ada bajetlah. 

"Eh, macam-macamlah. Tak ada tawaran, tak ada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain," tulisnya. 

Fazlina bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai syarikat produksi atau naskhah karya apa yang memerlukannya untuk bertindak 'membuka tudung' demikian. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 6:41 PM