Ibu Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, Aini Mohd Sharif, 57, menyiram air ke kubur anaknya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ibu Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, Aini Mohd Sharif, 57, menyiram air ke kubur anaknya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Asrol Awang


Kuantan: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini pada jam 5.50 petang ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhamad Syafiq tiba di rumah bapanya

di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang, di sini dari Johor Bahru pada jam 4.40 petang.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan pada jam 5.20 petang.

Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, rakan, pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhamad Syafiq.

Antara yang hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Yahaya kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang yang membaluti keranda Allahyarham kepada bapa Muhamad Syafiq, Ahmad Said Md Piah.

Sebelum itu solat jenazah dilaksanakan disertai kira-kira 30 orang di rumah Allahyarham yang turut disertai Yahaya Othman, pegawai dan ahli keluarga dan saudara mara.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis, Muhamad Syafiq dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, masing-masing berusia 24 dan 22 tahun serta suspek.

Manakala, seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang cedera dikenali Koperal Mohd Hasif Roslan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Berita berkaitan:

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir jenazah anggota polis terkorban

Jenazah Muhammad Syafiq, Ahmad Azza dibawa pulang ke kampung halaman

Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin

500 hadiri solat jenazah anggota polis terkorban

Jangan kaitkan serangan Balai Polis Ulu Tiram dengan mana-mana agama - Saifuddin

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan

Permohonan reman suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram dibuat di IPD Seri Alam

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 6:38 PM