GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua

Tehran: Lima terbunuh dan 91 yang lain cedera di Iran sepanjang 20 Feb hingga 1 Mac dalam insiden yang berpunca daripada letupan bunga api menjelang Fire Festival di negara itu, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) pada Sabtu .

Jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu manakala bilangan yang cedera meningkat 57 peratus, menurut ISNA memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar.

Beliau berkata, satu kematian dilaporkan di Tehran manakala empat lagi di wilayah West Azarbaijan.

Kemalangan yang disebabkan oleh bunga api kerap berlaku menjelang Fire Festival yang disambut pada malam Rabu terakhir sebelum sembutan Nowruz iaitu Tahun Baru Iran yang jatuh pada 20 Mac tahun ini.

Fire Festival akan disambut pada 12 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 12:16 PM