FOTO fail daripada tangkap layar daripada video stesen penyiaran Korea Utara menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memerhatikan pelancaran peluru berpandu balistik pada Julai 2019. FOTO AFP PHOTO / KCTV
FOTO fail daripada tangkap layar daripada video stesen penyiaran Korea Utara menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memerhatikan pelancaran peluru berpandu balistik pada Julai 2019. FOTO AFP PHOTO / KCTV
AFP

Pyongyang: Korea Utara menguji beberapa peluru berpandu beberapa hari selepas lawatan pegawai kanan tentera dan diplomat Amerika Syarikat (AS) ke rantau ini.

Bagaimanapun, AS menganggap tindakan itu sebagai latihan tentera yang 'biasa' dan tidak akan menyekat usaha kedua negara berhubung rundingan nuklear.

Washington mengesahkan dua peluru berpandu ditembak pada Ahad.

Ia dikatakan peluru berpandu jarak dekat dan sistem peluru berpandu bukan balistik.

Insiden itu berbeza dengan ujian senjata nuklear dan peluru berpandu balistik yang lazimnya digunakan Pyongyang sebagai provokasi terhadap AS.

"Ia adalah ujian biasa untuk Korea Utara untuk menguji pelbagai sistem," kata jurucakap Washington.

"Kita tidak beri tindak balas kepada setiap ujian."

Ujian itu beberapa hari selepas Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin mengadakan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan.

Susulan lawatan itu, tentera AS dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan bersama antara 8 dan 17 Mac.

Presiden Joe Biden sebelum ini berhasrat untuk menyambung rundingan AS dan Korea Utara berhubung senjata nuklear, yang tergendala sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 9:02 AM