MOTOSIKAL ditunggang mangsa selepas terbabas di KM 29 Jalan Lipis-Merapoh. FOTO Ihsan Polis.
MOTOSIKAL ditunggang mangsa selepas terbabas di KM 29 Jalan Lipis-Merapoh. FOTO Ihsan Polis.
Amir Hamzah Nordin.


Lipis: Penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke bengkel lori maut selepas terlanggar kucing di Kilometer 29 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kechau Tui, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, ketika kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa Azmi Budin, 62, baru keluar rumah untuk ke Kampung Padang Tengku.

"Dia dikatakan mahu melihat lorinya yang sedang dibaiki, namun ketika dalam perjalanan, terdapat kucing tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya dan terbabas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan," katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai uang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 4:45 PM