IMEJ USGS
IMEJ USGS
BERNAMA

Rio de Janeiro: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 menggegarkan barat Brazil pada Selasa, menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dengan kedalaman 616 kilometer (km) dengan pusat gempa terletak 108 km di barat daya Tarauaca Brazil, berhampiran sempadan Peru, lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 1:19 PM