GEMPA kuat landa Davao hari ini. FOTO Manila Bulletin
GEMPA kuat landa Davao hari ini. FOTO Manila Bulletin
Reuters

MANILA: Gempa bumi kuat melanda Davao hari ini, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa 6.8 magnitud itu berpusat sejauh 61 kilometer di barat daya Davao di pulau Mindanao, pada kedalaman 28.2 kilometer, kata USGS yang menurunkan kekuatan gempa daripada 6.9 sebelumnya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, berdasarkan data, tiada ancaman tsunami disebabkan gempa itu.

Tidak kerosakan dilaporkan, namun gempa dengan magnitud sebegitu boleh merosakkan bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 3:59 PM