FOTO hiasan
FOTO hiasan
AFP

Bamako: Tiga tentera Mali maut dalam satu insiden letupan alat peledak ketika dalam perjalanan ke sebuah lapangan terbang di timur laut wilayah bergolak itu.

Pihak berkuasa negara itu mengesahkan kejadian berkenaan.

Tentera Mali menerusi Twitter memaklumkan sebuah kenderaan tentera yang dalam perjalanan ke lapangan terbang di Menaka, melanggar alat letupan improvisasi semalam.

Pihak berkuasa turut melaporkan, beberapa anggota tentera juga mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Bagaimanapun, keadaan semua tentera itu stabil dan sedang menerima rawatan di fasiliti dikendalikan pasukan Takuba.

Untuk rekod, Wilayah Menaka berhampiran sempadan Niger, menjadi lokasi serangan anggota militan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 12:29 PM