GAMBAR Hiasan. Bar emas seberat 1 kg di Munich, Germany. FOTO Agensi
GAMBAR Hiasan. Bar emas seberat 1 kg di Munich, Germany. FOTO Agensi
AFP

Bamako: Pegawai kastam di selatan Mali merampas emas bernilai RM35 juta disembunyikan di dalam kereta.

Emas seberat 143 kilogram (kg) itu dalam perjalanan ke negara jiran, Guinea.

Rampasan emas sering berlaku di sempadan Mali.

Menurut Timbalan Pengarah Kastam, Amidou Fakourou Bakagha, sebanyak 88 bongkah emas ditemui dan kegagalan menemuinya mungkin mengganggu ekonomi mereka.

Ironinya negara yang miskin itu adalah pengeluar emas kelima terbesar di benua, menurut Bank Dunia.

Negara miskin dan terkurung daratan di Afrika barat adalah pengeluar emas kelima terbesar di benua itu, menurut Bank Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 2:49 PM