KEJADIAN berlaku dalam satu operasi berhampiran bandar Tabankort.
KEJADIAN berlaku dalam satu operasi berhampiran bandar Tabankort.
AFP

BAMAKO: Seramai 24 anggota tentera dan 17 pemberontak terbunuh dalam petempuran di timur Mali semalam.

 

Kejadian berlaku ketika tentera Mali dan Niger bekerjasama dalam satu operasi berhampiran bandar Tabankort.

 

Tentera Mali dalam satu kenyataan di Twitter, sepasukan peronda diserang pemberontak ketika bertugas di lokasi kejadian.

 

Menurutnya, seramai 24 anggota tentera terbunuh manakala 29 lagi cedera.

 

Kata tentera, 17 pemberontak maut dalam pertempuran dan lebih 100 suspek ditangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 9:21 AM