ASICS di New Zealand memohon maaf selepas menyiarkan video lucah di skrin televisyen besar di cawangannya di Auckland. FOTO Agensi
ASICS di New Zealand memohon maaf selepas menyiarkan video lucah di skrin televisyen besar di cawangannya di Auckland. FOTO Agensi
AFP

AUCKLAND: Jenama sukan Jepun, Asics di New Zealand memohon maaf selepas menyiarkan video lucah di skrin televisyen besar di cawangannya di Auckland selama beberapa jam, mengejutkan pelanggannya pagi semalam.

Pornografi yang disiarkan selama sembilan jam itu akhirnya dihentikan selepas kakitangannya tiba kira-kira 10 pagi semalam, kata New Zealand Herald.

“Ramai yang terkejut, tetapi yang lain berhenti dan menontonnya,” kata pengawal keselamatan, Dwayne Hinango kepada akhbar itu.

“Kandungan itu sangat tidak wajar, menyinggung orang ramai dan bukan sesuatu yang wajar dilihat kanak-kanak,” kata Tanya Lee, yang melewati kedai itu bersama anak lelakinya berusia tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 12:33 PM