GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Bernama

Auckland: Seorang pekerja di hotel kuarantin terkawal (MIQ) di sini, disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Ia kes ketiga berturut-turut membabitkan hotel kuarantin yang sama, menurut Kementerian Kesihatan New Zealand, lapor Agensi Berita Xinhua.

Minggu lalu, seorang pengawal keselamatan didapati positif, manakala seorang petugas pembersihan disahkan dijangkiti virus itu pada 21 Mac.

Setakat ini, New Zealand merekodkan 2,574 kes positif Covid-19 dengan 26 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 1:35 PM