WANITA itu tidak cedera selepas dikeluarkan. FOTO: Agensi
WANITA itu tidak cedera selepas dikeluarkan. FOTO: Agensi
Agensi

WASHINGTON: Sebuah pesawat United Airlines terpaksa dilencongkan selepas seorang penumpang wanita terperangkap dalam tandas.

Penerbangan dari Washington DC ke San Francisco itu terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Rabu lalu, selepas pintu tandas tersekat ketika pesawat berada di udara, kata jurucakap United Airlines dipetik CNN.

Wanita terbabit berjaya dikeluarkan dari tandas itu selepas pesawat mendarat dan dia tidak cedera.

Video menunjukkan seorang mekanik berusaha berusaha mengumpil pintu tandas itu dikongsikan penumpang lain di Twitter.

Seorang lelaki didengar berkata: “Kami sedang berusaha membuka pintu ini, puan. Kamu akan keluar sebentar lagi okay?”

Seorang penumpang, Jennifer Gettman memberitahu KPIX-TV wanita itu ‘nampak okay’ ketika akhirnya keluar dari tandas itu, lapor BBC.

“Semua orang menepuk tangan apabila dia keluar. Memang kami semua bersimpati. Saya tidak dapat membayangkan perasaannya ketika pesawat mendarat dan dia di dalam tandas itu, tetapi mujur dia berkeadaan baik selepas itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 5:34 PM