PEMAIN Pahang Rangers menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Gombak TOT United, esok. FOTO MOHD RAFI MAMAT
PEMAIN Pahang Rangers menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Gombak TOT United, esok. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Kemenangan menjadi misi utama skuad Pahang Rangers FC yang akan berhadapan Gombak TOT United pada saingan Divisyen Satu Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Ortuseight Arena, malam esok.

Membariskan pasukan terkuat menjadi sandaran buat ketua jurulatih Tok Gajah, Gerard Casas untuk meraih tiga mata penuh di gelanggang lawan.

Menurut Casas, dia yakin barisan pemain Pahang Rangers mampu membuat lawan berputih mata walaupun berhadapan tentangan sengit lawan yang berkelebihan ditempat sendiri.

"Pemain telah memberi jaminan mereka akan turun dengan membawa misi kemenangan, corak permainan yang lebih kemas dan berkesan akan dipamerkan sepanjang perlawanan yang dijangka sengit serta mencabar.

"Saya telah mengingatkan barisan pemain supaya tidak mudah leka terutama pada awal permainan hingga boleh menyebabkan lawan menjaringkan gol," katanya, dihubungi di sini semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 10:24 PM