FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
AFP

ALGIERS: Lapan bayi maut dalam kebakaran wad bersalin di sebuah hospital di timur Algeria hari ini, kata perkhidmatan kecemasan.

AFP yang memetik jurucakapnya, Nassim Bernaoui berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 3.50 pagi di Oued Souf yang terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Algiers.

“Kami berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 wanita dan 38 kakitangan dalam kejadian itu.

“Namun, kami kesal apabila lapan bayi gagal diselamatkan akibat melecur dan terhidu asap kebakaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 3:24 PM