PENUMPANG turun dari pesawat Thomas Cook. FOTO Mail Online
PENUMPANG turun dari pesawat Thomas Cook. FOTO Mail Online
Agensi

LONDON: Kerajaan British membelanjakan £100 juta (RM519 juta) untuk membawa pulang 160,000 rakyatnya yang terkandas di sekitar Eropah, Amerika, Afrika dan Asia susulan kebankrapan syarikat pelancongan dan penerbangan tertua negara itu, Thomas Cook.

Kira-kira 40 pesawat digunakan dalam usaha digelar Operasi Matterhorn, iaitu yang terbesar membawa pulang rakyatnya dalam era damai dari lebih 50 destinasi di seluruh dunia, lapor Daily Mail.

Kira-kira 16,000 orang akan diterbangkan pulang ke lapangan terbang di United Kingdom setiap hari dengan proses itu dianggarkan mengambil masa dua minggu untuk diselesaikan.

SEORANG pramugari Thomas Cook berkongsi kesedihan dalam Twitter. FOTO Mail Online
SEORANG pramugari Thomas Cook berkongsi kesedihan dalam Twitter. FOTO Mail Online

Thomas Cook yang beroperasi sejak 178 tahun lalu itu berakhir semalam dengan ramai pihak mempertikai bagaimana pegawai kanannya menerima bonus lebih £20 juta (RM103 juta) sejak lima tahun lalu walaupun syarikat diselubungi hutang £1.7 bilion (RM8.8 bilion).

Setiausaha Perniagaan, Tenaga dan Strategi Perindustrian, Andrea Leadsom mendesak inkuiri diadakan berhubung kebankrapan itu termasuk tindakan pegawai kanannya, antara lain ketua pegawai eksekutif (CEO) Peter Fankhauser yang menerima £8.3 juta (RM43 juta) sejak mengambil alih pentadbiran pada 2014.

Sementara itu, penumpang pesawat terakhir Thomas Cook yang mendarat di Britain jam 9 pagi (waktu tempatan) menepuk tangan manakala juga anak kapal dilihat menangis terharu.

Saksi melaporkan beberapa penumpang turut dilihat cuba menyerahkan wang tunai kepada anak kapal yang kini hilang kerja.

REAKSI kakitangan syarikat penerbangan itu apabila mengetahui operasi mereka dihentikan serta merta. FOTO Mail Online
REAKSI kakitangan syarikat penerbangan itu apabila mengetahui operasi mereka dihentikan serta merta. FOTO Mail Online

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 10:50 PM