INDONESIA akan menaikkan harga minimum rokok kepada lebih satu pertiga mulai Januari depan. FOTO Reuters
INDONESIA akan menaikkan harga minimum rokok kepada lebih satu pertiga mulai Januari depan. FOTO Reuters
Reuters

JAKARTA: Mulai Januari tahun depan, Indonesia akan menaikkan harga minimum rokok kepada lebih satu pertiga sebagai usaha mengurangkan kadar perokok di negara berkenaan.

Reuters yang memetik jurucakap kementerian kewangan, Nufransa Wira Sakti berkata, kenaikan itu membabitkan harga minimum rokok untuk semua kategori pada purata 35 peratus dan kenaikan cukai eksais produk tembakau sebanyak 23 peratus.

Kerajaan Indonesia menaikkan cukai produk tembakau hampir setiap tahun sejak 2014 untuk mengurangkan pengambilannya namun ia dilihat tidak begitu memberi kesan terhadap kadar perokok.

Syarikat rokok terbesar di negara itu termasuk HM Sampoerna, Gudang Garam dan Kumpulan Djarum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 70 peratus orang dewasa di Indonesia adalah perokok iaitu antara yang tertinggi di dunia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 7:57 PM