ROSIE cubit punggung polis. FOTO/AGENSI
ROSIE cubit punggung polis. FOTO/AGENSI
Mail Online

London: Seorang wanita mengaku bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual selepas mencubit punggung seorang anggota polis.

Rosie Smith, 41, didakwa melakukan perkara itu terhadap seorang anggota polis lelaki di Tunbridge Wells, Kent, pada Jun lalu.

Anggota polis itu memberitahu, dia berasa marah dan malu dengan tindakan wanita berkenaan.

Peguam Rosie, Ben Pite berkata, wanita itu sudah meminta maaf kepada anggota polis berkenaan.

Katanya, Rosie kini berdepan masalah keluarga sebagai ibu tunggal yang perlu menjaga tiga anaknya.

Ketika melakukan kesalahan itu, Rosie mempunyai penangguhan hukuman penjara atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Majistret Maidstone, Dennis Fuller berkata, walaupun kesalahan itu serius, Rosie tidak akan dipenjarakan tetapi penangguhan itu dilanjutkan kepada enam bulan lagi.

Fuller juga mengarahkan Rosie menjalani aktiviti pemulihan sebanyak 20 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 12:43 PM