ROSIE bersama ‘snek’ kegemarannya.
ROSIE bersama ‘snek’ kegemarannya.

Surrey: Rosie Skinner membeli sekurang-kurangnya dua span besar seminggu.

Span itu bukan untuk mencuci kereta atau membersihkan bilik mandi, tetapi untuk dimakan oleh gadis berusia 19 tahun itu.

Rosie ketagih memakan span sejak berusia lima tahun lagi.

Pelajar dari Epson itu akan memotong span berkenaan menjadi kepingan kecil dan menghisapnya sepanjang hari, sama seperti kebanyakan remaja memakan coklat atau kerepek.

"Saya sangat sukakan bau span basah. Saya suka rasa kelembapannya. Saya juga sukakan teksturnya. Ia seperti memakan kek.

"Satu hari nanti saya mungkin akan cuba meletakkan aising. Jika rasa tertekan, saya suka memakan span sambil bersantai," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:06 AM