PENUMPANG British Airways berdepan detik cemas apabila kabin dipenuhi asap tebal kira-kira 10 minit. FOTO REUTERS
PENUMPANG British Airways berdepan detik cemas apabila kabin dipenuhi asap tebal kira-kira 10 minit. FOTO REUTERS
Agensi

VALENCIA: Penumpang British Airways berdepan detik cemas apabila kabin dipenuhi asap tebal kira-kira 10 minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Valencia, Sepanyol, hari ini.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan mengesahkan penerbangan BA422 dari Heathrow, London ke Valencia ‘terbabit dalam satu kejadian’.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui lagi.

Seorang penumpang, Rachel Jupp memberitahu BBC anak kapal mengarahkan penumpang menunduk bagi mengelak terhidu asap dan ketika itu pesawat mula mendarat.

Menurutnya, penumpang meninggalkan pesawat menggunakan gelongsor kecemasan dan diarahkan untuk menjauhi pesawat itu.

British Airways berkata, seramai 175 penumpang dan enam anak kapal berada dalam penerbangan itu.

Tiga penumpang yang dibawa ke hospital untuk dirawat sudah dibenarkan pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 12:10 PM