TANDA  ‘likes’ disembumyikan. FOTO/AGENSI
TANDA ‘likes’ disembumyikan. FOTO/AGENSI
AFP

SYDNEY:Instagram menyembunyikan tanda ‘likes’ bagi penggunanya di Australia, Itali, Ireland, Jepun, Brazil dan New Zealand yang bermula semalam.

Gergasi media sosial milik Facebook itu berkata ia bertujuan bagi mengurangkan tekanan kepada pengguna susulan kritikan berhubung impak laman terbabit ke atas kesihatan mental.

Percubaan perubahan itu bermakna pengguna tidak lagi boleh melihat jumlah 'likes' pengguna lain.

“Kami mahu Instagram sebagai tempat orang ramai berasa selesa untuk meluahkan diri mereka.

“Kami berharap langkah ini akan mengurangkan tekanan berkaitan jumlah ‘likes’ yang pengguna perolehi, agar mereka berterusan berkongsi perkara yang disukai,” kata pengarah polisi Facebook Australia dan New Zealand, Mia Garlick dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, negara terpilih berkenaan, tanda 'likes' tidak akan dapat dilihat pada profil pengguna, suapan imej utama atau halaman permalink.

Sementara pengguna Instagram masih dapat melihat jumlah 'likes' pada status mereka sendiri, mereka perlu beralih ke halaman lain untuk berbuat demikian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 3:22 PM