SEBUAH akaun Facebook menyamar sebagai The Rock dan menjanjikan RM 407.95 juta buat 100 pemenang bertuah. -Foto Agensi
SEBUAH akaun Facebook menyamar sebagai The Rock dan menjanjikan RM 407.95 juta buat 100 pemenang bertuah. -Foto Agensi
Agensi

LOS ANGELES: Facebook Page yang mendakwa bintang filem Amerika Syarikat (AS), Dwayne Johnson atau ‘The Rock’ memberi AS$100 juta (RM407.95 juta) kepada 100 pemenang bertuah adalah palsu.

Halaman berkenaan ‘menjanjikan’ kepada mereka yang berkongsi video tular itu memenangi hadiah bernilai AS$1 juta (RM4.08 juta) kepada setiap seorang jika mereka ‘likes, kongsi dan komen’ dalam video itu.

Menurut laporan laman web page1.news, halaman Facebook yang kononnya dicipta untuk mempromosikan filem terbaru The Rock iaitu Skyscrape memberi gambaran salah dengan tajuk ‘skaycrapermovies2’.

Sejak ia disiarkan semalam pada jam 1.51 petang, video itu sudah dikongsi 157,000 kali dan memperoleh 58,000 ‘likes’ serta 28,000 komen.

Dengan berpura-pura menjadi The Rock, halaman itu juga berjanji memilih individu secara rawak yang memuat turun pautan filem terbaharu di pautan ditetapkan selain berpeluang memenangi wang tunai AS$500,000 (RM2.039 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 9:42 PM